

Adakah anda mencari tafsir al-Quran yang lebih mudah difahami, tepat, dan selaras dengan bahasa generasi masa kini?
Kenapa Anda Perlu Memiliki TPR Edisi Rumi Baharu?
Warisan Tafsir Terbaik Tempatan
TPR Edisi Rumi Baharu merupakan satu-satunya tafsir al-Quran terbaik yang dihasilkan oleh JAKIM, dengan warisan lebih dari 50 tahun dan telah diulang cetak lebih 20 kali.
Terjemahan yang Lebih Mudah dan Tepat
Diperbaharui dengan bahasa Melayu yang lebih mudah dan jelas, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Terjemahan disemak oleh pakar-pakar bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan ahli-ahli Lajnah Tashih JAKIM untuk memastikan kualiti yang terbaik.

Disemak dan Diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan melalui proses pembengkelan yang ketat untuk menjamin kualiti terjemahan dan tafsiran.
Rujukan yang Komprehensif
Proses penterjemahan bersandarkan rujukan kepada beberapa kitab tafsir klasik dan moden serta kitab hadis untuk menolak pandangan Quranis, memastikan anda mendapatkan tafsiran yang sahih dan menyeluruh.
Reka Bentuk Mesra Pembaca
Diterbitkan dengan reka bentuk dan tata letak yang menarik
menggunakan unsur-unsur huruf Jawi dan tradisional Melayu. Saiz buku yang lebih besar menjadikannya lebih mesra pembaca.

DESKRIPSI
Di Malaysia, idea menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Melayu telah dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. kerja terjemahan al-Quran diserahkan pula kepada Sheikh Abdullah Basmeih pada pertengahan tahun 1960-an. Bahan terjemahan berkenaan diberi judul Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran (TPR) yang diambil sempena gabungan nama Allah SWT iaitu ar-Rahman dan nama mantan Perdana Menteri Pertama Malaysia.
Tafsir Pimpinan ar-Rahman (TPR) edisi terbaharu 2022 ini merupakan terbitan bersama JAKIM-Rimbunan Islamik Media Sdn. Bhd. Dengan penerbitan edisi kemas kini ini, diharapkan ia menjadi rujukan kebangsaan sebagai terjemahan rasmi tunggal kepada masyarakat

SATU-SATUNYA KITAB TAFSIR YANG
DIANGKAT SEBAGAI TAFSIR KEBANGSAAN





REKAAN YANG CANTIK BERSESUIAN UNTUK DIJADIKAN HADIAH PERKAHWINAN

BESERTA KOTAK KEEMASAN

MAJLIS PELANCARAN OLEH
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah



